POSITIF & NEGATIF
11:30 AM | Author: BUNGAKERTAS
Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita
bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu
bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok.. krn itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita
masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya
utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup
utk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

note:...positif & negatif mmg x dpt dipisahkan...
RENUGAN BERSAMA
10:26 AM | Author: BUNGAKERTAS
Di sebalik takde ape2...


Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. 'Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,'katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.


Saya pohon padanya, 'Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?' 'Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.' Saya masih tak puas hati.

Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,'Tak ada apa-apa' . Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat , 'Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau.' Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?'Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. 'Sabri, ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka,Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.'

Saya terkedu. Mama menyambung, 'Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?' Mama mula menangis. Saya tunduk.

'Selepas SPM, Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.'

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, 'Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri akan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!' Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.

'Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.' Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat.

Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. '?n Sabri, bulan depan telefon saya.' Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung.

Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon. '?n Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.' Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.

Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

'Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata '?rang tua bodoh. Tak ada otak''

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Si ibu gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu , 'Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!' Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu (or isteri mungkin...) mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati mereka, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

'... dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya...' An-Nisa':36

'...And not equal are the blind and those who see, nor are equal those who believe, and do righteous good deeds, and those who do evil. Little do you remember!...' Quran(24:58)




`...s'dalam2 lautan, dalam lagi hati seorang wanita...' di sebalik ungkapan 'takde apa-apa', s'benarnya t'singkap beribu rahsia. selamilah hati mereka...



NUR KASIH...

bagaikan permata di celahan kaca,
kerdipnya sukar tuk dibezakan,
kpd-Mu Tuhan kupasrah harapan,
moga tak tersalah pilihan

nur kasih-Mu mendamai di kalbu,
jernih setulus tadahn doaku,
rahmati daku dan permintaanku,
utk bertemu di dalam restu

kurniakan daku serikandi,
penyejuk di mata penawar di hati,
di dunia dialah penyeri di syurga menanti dia bidadari

kekasih sejati teman yg berbudi,
kasihnya bukan keterpaksaan,
bukan jua kerana dunia,
mekar hidup ini disiram nur kasih

di tangan-Mu Tuhan kusandar impian,
penentu jodoh p'temuan,
seandai dirinya tercipta utkku,
relaku m'jadi miliknya....
INTEAM
Assalammualaikum....
2:12 PM | Author: BUNGAKERTAS
> Assalamualaikum,

> Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila
sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal
yang berikut:

> * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang
tuanya (jika masih ada);
> * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
> * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang
sekitarnya.

(Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan
yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan
dilakukan pada hari Jumaat.)


> Oleh itu, SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON
> MAAF jika saya ada berbuat kesalahan,
> baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga
> kita dapat
> menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan
> dirahmati Allah S.W.T,
> insyaAllah.

Jgn Lupe Kawan2 di Bulan Pose Nanti….
1. Renew Lesen Mulut.
2. Servis Kan Hati,
3. Kawal Pencemaran Mata & Telinga
4. Pelihara lah Enjin Perut
5. Tax Minda & Cukai Kesabaran
6. Banyakkan Ibadah & Beramal Jariah

(Selamat Beramal & Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak)
AL-KISAH DI PAGI HARI
12:05 PM | Author: BUNGAKERTAS
Aduhai tragis tol kejadian pg td…..sedag2 elok le kunun nak keje masuk awal cikit…
Sebelum start kete tu dgor le bunyi kucing…meow…meow..
Ati berkata agak ntah sape le buang kucing nie…cari2 x de pon….heran gak sekejap

Dgn segera ku pn start le kete…lat x jauh dari umah ehhh pesal le bunyi kucing nie de dlm kete ku….…ati bedebar2 gak bile mse lak kucing masuk dlm kete nie…pdhal kete tingkap tutup rapat ….bedarau dah dh smpi menuju puncak ….Jln depan cikit lg wah mkin kuat lak bunyi kucing tu….

Serta merta ku brek le kete….terkocoh2 ku kluar dr kete tgk sekeliling kete x de pepon..
Ati berkata tggu le jap mungkin kucing tu bunyi lg kot…..mau peluh gak le…cikit je x bnyak pon….kalo bnyak aje masuk opis mau tengikkk je kang badan..hahahha

Ermm x leh jd nie..ku ambik le tindakkan memeriksa setiap tayar kete kot kucing tu tepenyek kat celah tayar haru gak ku kang….aje satu keje nak bersihkan…fuhh lega x delak kesan2 yg mencurigakan….Seriau dh darah nie…ku pon terus le balik umah semule…ehhh dlm mase ku patah balik ke umah tu…bebunyi lak kucing tu makin kuat…
Aduhhhhh….pehal lak nie….nak kate ade ubah suai kete jd bunyi kucing x delak ku g buat….

Sampai2 je kat umah…terkejerit2 ku pggil mak….mak…de bunyi kucing dlm kete nie…
Mase tu mak ngah pegang teco nak buat air…ate dgn teco2 tu dibawaknye kluar nak dgor bunyi kucing tu….habis semua bonet tempat duduk belakang ku cari….

Akhirnye…ku bukak le bonet depan…dgn molot telopong ku terlihat makhluk tuhan yg paling seksi…ank kucing dok dlm bonet depan dekat dgn tangki air…tapi yg ku heran mcm ne leh kucing tu masuk dlm bonet ku…sampai skrg ku fikir……korg rase mcm ne dia leh masuk dlm bonet ku n syok je landing….adeiiiii yg satu hal lak ku x sempat nak snap gambo kucing tu abah dh buang keluar dr tempat petapan kucing tersebut…

Setelah selesai kejadian tu ku pon gerak ke opis..dlm perjln puas fikir…knp…knp…knp..

note: knp..knp dan knp...huhuhuhuuh