HubunGan Bahagia....
11:14 AM | Author: BUNGAKERTAS
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Tidak semua cinta akan kekal selamanya, adakalanya ia putus di tengah jalan tetapi percayalah cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama untuk diperoleh.



Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap percaya kewujudannya. Jangan pula terlalu menghambakan diri kepada cinta.


Cinta bukan sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau diteruskan juga sikap ini, akan terhasil suatu keadaan yang memperkecilkan cinta. Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah suatu ungkapan yang dicipta untuk mencari seorang lagi.


Pandangan berhubung cinta sejati ini ditujukan kepada jejaka dan gadis yang sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati serta mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan jiwa mereka.Pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang, unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapi.


Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya sudah bertemu pasangan yang sehati sejiwa sedangkan hakikatnya, itu cinta kali pertama mereka yang sering disebut cinta pandang pertama.Mereka yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan.


Jangan terlalu terikat dengan cinta pandang pertama kerana dengan keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih baik adalah tinggi.Cinta pandang pertama boleh saja berlaku di tepi jalan, pasar malam mahupun akibat sesuatu perlanggaran atau kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan berlangsung secara tidak sengaja.


Jangan sesekali meremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot apabila cuba mencari pasangan untuk kita.Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi, tanpa perlukan campur tangan pihak ketiga. Mereka menyusun aturan yang baik dan rasional dalam mencari pasangan yang sesuai. Ada risik, tilikan dan bermacam lagi prosesnya sebelum alam rumah tangga dapat dibentuk.


Sebenarnya, konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama adalah pencarian yang membawa maksud menyelidik dan tidak ditipu perasaan cinta yang buta seperti cinta pandang pertama.Melalui kaedah 'cuba jaya', mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula, akhirnya akan bertemu dengan cinta sejati.


Sekiranya semua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta seperti ini, tidak akan muncul lagi istilah putus cinta atau kecewa lara kerana putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur kerana putus cinta.


Untuk mereka yang pernah putus cinta, anggaplah peristiwa itu sebagai peristiwa biasa. Bercintalah lagi dan lagi, teruskan mencari sehingga menemui cinta sejati seperti kisah Laila Majnun - mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan secara pakej.



bende nie ku cop paste daru buliten dlm tagged aku....
ape pendapat korang semua....hihihihiih
HaNYA pErsinGAhan
10:58 PM | Author: BUNGAKERTAS
Hai korang kali ni ku dtg lagi…lagi dan lagi…wawawawwawawawwawwawaw
raseny dh 2 bln ku x up date blog ni…mamarempit buat le blog tuk ku nie
yg cntek lg beganda2 cantek k wawawawwawaw…..

Sory all bile cik bussy datg menerjah berganda2 dikala aku rase diri ni macam
nak menjerittt sepuass hatiii ……


tension pon ade semua ada rase nak nagis pon da ……wawwawawawa
tapi dah tugas kn kene buat gak….time ym...ym....gak kn mamarempit…hihihihihi


Pd yg terjah blog ku tgk x berubah itu makna bkn ku x nak update tapi cik bussy yg sekat ku untuk x update blog nie….tapi….heheheheh ada tapi tu….
Jgn korang ingat ku x terjah blog korang ade mase ny tapi tuk update tu perlu menjiwai lah aku rase x sesuai kalo ku update gelojoh2 nie...wawawawa

K all jumpe di lain blog….calohhhh beteh.....